Thursday, March 8, 2012

Diamond

Semua wanita atau perempuan sukakan Diamond. Kenapa? Kerana bagi mereka, Diamond sangat cantik dan mahal. Bak kata orang putih "very expensive". Diamond boleh dikatakan perhiasan yang sangat berharga bagi mereka. Di sini saya tekankan perkataan "MEREKA" kerana saya terkecuali. Saya tak minat sangat barang-barang kemas ni. Saya lebih suka aksesori macam gelang. Gelang biasa-biasa je. Macam gelang yang Avril Lavigne pakai tu. Baru rock! Diamond tak kena dengan jiwa saya. HAHA!

Okay, back to the topic. Diamond.......
Airmata juga boleh di anggap sebagai diamond. Pelik tapi benar. Kenapa? Kerana airmata kita sangat berharga seperti diamond. (mungkin). 

(..................merapu lagi)

Thursday, March 1, 2012

We Won !!

FESNI + FESKOTT 2012

We won both Fesni & feskott !
The last day of feskott, saya dan kawan-kawan 'mandi' hujan. Kami sangat happy bila Blue Bison dinobatkan sebagai juara keseluruhan feskott. Tak sangka betul.


Speaking about feskott, suddenly it reminds me pasal Harry Potter. Dia dah ada kawan baru. Saya ada benda nak cakap kat Harry Potter. Hope dia baca entry saya. 
FYI, saya tak bencikan awak tau. Saya marah je, but now saya dah tak marah lagi. Saya bukannya tak try tegur awak. Just that, mulut saya jadi kaku bila nak tegur awak sebab saya tak boleh terima "ke-FAKE-an" awak. Maybe pada awak, awak tak fake but pada saya, jelas terpancar pada muka awak bahawasanya awak tu FAKE. (ayat sastera) 
Maaflah. Saya bukan nak tuding jari kat awak. Tak dinafikan saya pun salah jugak. Salah saya sebab saya terlalu berharap dengan awak. Tapi semua tu kerana awak bersikap terlalu sweet dengan saya. Awak dah lama tahu yang saya sukakan awak kan? Saya dah beritahu awak dalam Facebook, right? Awak dah lupa ke, ataupun awak buat-buat lupa? Anyway, just forget about it. Saya dah lupakan semua tu and apa yang pernah terjadi. Saya anggap kita tak pernah lepak pun sebelum ni so that mudah bagi saya untuk lupakan awak yang saya pernah anggap 'someone special'. Tapi maafkan saya sebab tak mudah untuk saya berkawan balik. Salah satu sebabnya ialah saya taknak jadi bahan umpatan kawan-kawan awak dalam Twitter lagi. Siapakah yang saya maksudkan tersebut? Jawapannya ada pada awak. Anyway, thanks for the memories. And also thanks for being so nice to me. I miss you. I mean the old you. Jaga elok-elok mug saya oke? Take care there. daa :)


Tukar topik !
Final ? Ohh my gucci ! Final dah dekat giler. Saya tak ready pun. Tapi saya dah lama bersedia untuk balik hometown saya. HAHA! I miss my mum, my dad and my sis. Saya rindu nak buat bising kat rumah tu. Nantikan kepulangan saya yee? HEHE ;p


Tukar Topik lagi !
Malam tadi (1st Maech 2012) ada potluck kat Dewan Utama. Mostly yang datang pakai baju feskott Blue Bison. Dinner yang sangat meriah dan makanan yang sangat sedap. Especially cake. Yummmmyyy! Saya sangat suka cake. Malangnya cake tu bukan untuk saya sorang. Lagi satu, ada satay. Perghh! Sedap giler.


Tuesday, February 7, 2012

FESNI 2012

Hey Kotak Hati ! Rasanya dah lama sangat tak update blog. By the way, kalau tak terlambat lagi, saya nak ucapkan Happy Chinese New Year to all chinese. Selamat menyambut Thaipusam kepada yang menyambut.

Dah dekat dua minggu dah Fesni berlangsung. Dalam seminggu yang lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan latihan Boria Blue Bison. At the same time saya semakin rapat dengan Harry Potter saya. Dia sangat talkative, but I like it. He's so nice and so funny. Saya sangat suka berborak dengan dia. Last week dia mainkan guitar sambil nyanyi lagu Perfect Two by Auburn. Then I gave him a cute mug. I'm glad to hear that he like it. Lepas tu, dia bagi saya pinjam bantal dia dan juga jam tangan dia.

Okay tukar topik. Sekarang pasal Boria kami pulak. Keadaan sekarang sangat tegang sebab Boria kami tidak cukup orang. Saya dan Fatin dah letih mencari. Bila dah jumpa, masing-masing buat perangai. Ada yang datang lambat then nak balik awal, ada yang tak comfirm, dan ada jugak yang tarik diri last minute.
*menimbulkan kebengangan di hati*
 
Saya dah penat-penat ajar step. Yang tak dapat pick-up, saya dan Fatin ajar sampai dapat. Kami langsung tak marah pun. Walaupun sekarang saya tak sihat tapi saya masih mampu datang latihan dan ajar step.
Please appreciate me!

Kepada yang lain yang saya ajar tu, maaflah kalau saya agak memaksa korang buat latihan. Ini untuk kebaikan team kita jugak. So please bagi kerjasama. Jangan pentingkan diri-sendiri.

Go Blue Bison !!


*capati roti canai
cicah dengan susu
sorak ramai-ramai
Bison nombor 1.

Friday, January 13, 2012

Harry Potter

Hey dear,
How are you ?
Harus la awak sihat kan?
Tadi baru nampak awak dalam kereta member depan kolej lepas solat Jumaat.
Kite tertunggu-tunggu awak sebenarnya.
Ingatkan awak naik bus.

Dear,
Kenapa awak tetiba lambai kite?
Nafsu awak tengah sengal ke masa tu?
Hahahaa...
Sorry sebab tak lambai balik.
Actually kite tengah blur dan sangat - sangat tak expect awak akan lambai kite.
Hehehee ;))

Hari tu awak senyum kat kite masa kat cafe (10 jan 2012).
Masa tu kite nak pergi clinic.
Nak check kaki..
Last week awak sakit kaki ea?
Minggu ni turn saya pulak.. hahaha
By the way, kite suke awak senyum gitu..
Buat jantung kite jatuh "gedebuupp".. hee ;pp



Kite sukkeeeee sangat !


Tapi kite nak warning awak..
Jangan bermain dengan perasaan kite..
Kite cepat sukakan orang tau ..
Kalau tak suke, jangan layan kite macam tu sangat.
Nanti kite terlanjur sayang, awak yang susah.
Sekali kite sayang, susah nak hilangkan perasaan tu.
So, jangan buat kite menaruh harapan oke...
Hehehe ;))



Dear,
Hari tu kite kasi awak MILO.
Time tu tetiba rasa nak kasi tapi tak tahu beg awak yang mana satu.
Nasib baik member kita cam beg awak masa kat library.
Kite letak sticky note color hijau "For you Harry Potter".
Tapi kite tak sure la beg tu betul ke salah.
Kalau awak dah dapat milo tu, tolong lah bagi SIGN/HINT kat kite so that kite tahu kite tak salah beg.



Topic change :)
Khamis malam Jumaat, awak ada Battle of P.Ramlee kan?
Kite nampak awak berlakon jadi Cik Rose dalam Pendekar Bujang Lapok.
Nice boobs and ass la, dear... hahahaa!
Lawa tarian awak.. Sorry, sorry blablablaa.. (maaf tak tahu lagu korea) hee :))
Kite berdiri kat belakang sekali kat Hall 3..
Kite ade class Law time tu.. Kuar class jap sebab nak tengok performance awak..


a.k.a 
FB

Thursday, January 5, 2012

Down Sangat :'(

Dear Kotak Hati,

Hari ini saya sangat sedih plus down ..  Saya tak ada semangat nak buat apa-apa..  Business Plan saya and group saya tak siap lagi..  Saya nak siapkan tapi tak ada mood.

Saya bengang dengan someone ni nama Mamat (bukan nama sebenar)..  Tak memasal Mamat ni pergi cerita dekat baby saya pasal apa yang saya cerita dekat dia..  Nasib baik la baby saya tak kasi pergi serang si Mamat ni..  Dan memandangkan saya kenal si Mamat ni, so saya batalkan jugak hasrat saya nak serang dia..  Saya cuma nak tahu motif dia cerita kat baby saya.

Kenapa huh?
Dia saja nak burukkan saya ke?
Nak beritahu satu Kolej yang mulut saya ni mulut jahat?
Macam tu ke?
Hisshhh!! Geram.

Tadi pergi kedai makan Hassan (kelantan).
Saya nampak baby-baby saya tengah makan and lepak kat situ..  Saya segan nak keluar and tegur dorang..  So, saya duduk je dalam kereta..  Tak lama lepas tu, baby saya datang nak cakap dengan saya.

Baby : Sorry tak reply msj. Takde kredit.
Me : Takpe (senyum kambing)
Baby : Ehy , Jomlah lepak.
Me : Takpe lah. (sambil senyum kambing).
Baby : Kau oke tak? Ada masalah ke?
Me : Takde apelah, aku takde mood (senyum kambing) ~ dalam hati "segan dengan ko pasal tadi"
Baby : Tipu. Aku tahu ada tak kena dengan kau. Ceritalah.

Saya jadi gagap sebab menipu..  Mata saya dah start berkaca, nak menangis dah..  Cepat sangat tersentuh sebab suara baby saya bertanya lembut je..   Buat saya rasa dihargai dan rasa sedih + segan dengan dia pasal petang tadi..

Me : Takde apelah.
Baby : Yelah, kau nak berahsia dengan aku dah sekarang kan.
Me : Mana adaaa.... (pandang baby) ~dalam hati "tahan , lucy, jangan nangis depan dia"
Baby : Takpelah, nanti kalau kau dah nak cerita, kau cakap ea.
Me : (mampu mengangguk je)
Baby : Byee 

Lepas saya tutup pintu kereta, saya terus menangis..  Saya tak tahu kenapa tapi saya sangat down dan nak menangis je sepanjang hari...   Saya cuba buat something funny untuk menggembirakan hati sendiri...   Abang saya cakap "Be tough".
I will.

#feel useless