Andai kata aku ditakdirkan mengandung suatu hari nanti, aku nak dress up macam mommy-mommy kat gambar-gambar kat bawah ni. Hot, seksi and and feminine. Maybe end of this November, aku akan start beli pakaian mengandung dan barang-barang keperluan baby serta toys. Paling aku suka and excited sangat nak beli ialah toys and keperluan baby. Sebagai contoh baby car seat, stroller, baby walker, baby chair, cribs, babies toiletries etc.. Oh btw, aku dah ada list nama baby tau! Haha. Nak tahu? Okay, just keep reading.....
Boy:
- Marcus Adam-Lee
- Marcus Adam O'dea-Lee
- Martine Adam-Lee Jr
Girl:
- Maryanne O'dea-Lee
(Gambar-gambar ihsan dari Google)
Pastu kalau baby dah lahir, aku akan ajar dia bahasa Melanau + Malay + English dulu. Bahasa Iban tu kalau baby dah mahir bercakap baru boleh ajar. Sebab apa Melanau? Sebab aku tak nak bahasa Melanau pupus. Kebanyakan anak lelaki dari family sebelah mak kalau couple or kahwin dengan orang Iban, confirm dorang ajar anak bercakap bahasa Iban. Sedangkan Melanau tu lebih penting. Sebab apa penting. Kalau dia membesar, dia akan bermain dengan rakan sebaya dia (anak buah cousin yang lain). Anak buah cousin tu bercakap bahasa Melanau, dia dikelilingi orang yang bercakap bahasa Melanau, jadi dia tak akan faham apa yang budak-budak tu cakap kalau main language dia ialah Iban. Kalau bahasa Iban, slow-slow boleh belajar. So main language is Melanau, bagi aku lah.
Next, kenapa Melayu? Sebab negara kita ni bahasa rasmi nya ialah Melayu. Ke mana-mana dia pergi, dia perlu bercakap bahasa Melayu. Sebagai contoh, di sekolah. And then kenapa English pulak? Because English is the second language in Malaysia. You don't have to teach your kids to speak full English. Teach them the basic words first and dorang akan automatically belajar full English semasa dorang membesar. For example sleep, eat, animals or numbers.
Ketiga-tiga bahasa tu aku combine jadi satu ayat seperti contoh kat bawah ni:
1) Apa daddy nam kuduk sini?
Satu contoh jelah ea. Haha banyak-banyak kang tak faham pulak korang apa benda aku cakap.
Okay, kalau aku ada baby nanti, aku akan ajar dia montesorri activities. Well, of course aku akan ada banyak masa terluang untuk anak. I'm a housewife, remember? Then kalau dah cukup umur 5 tahun or 6 tahun, aku nak masukkan dia kat The Parish of Good Shepherd Lutong, Miri. Why? Sebab tadika ni main language dia English. Haha anak aku wajib belajar English supaya bila travel, anak aku yang akan bercakap English bagi pihak parents dia (al-maklum lah parents dia tak fluent english haha). Pastu bila dah masuk sekolah rendah, aku akan masukkan dia kat sekolah chinese. Option kedua, dia masuk sekolah biasa tapi ambik tuition Chinese. Tapi hubby tak suka anak ambik tuition chinese. Bagi dia, English is more important. Kalau dah kerja nanti, it would be easier to communicate dengan pekerja lain especially company yang ada client/customer who doesn't speak local language.
Okay, next is about transportation. Aku dan hubby kalau boleh (kalau diizinkan Tuhan), kami nak ambik kereta dulu sebelum planning nak ada anak. Sebab kereta ni ibarat anak jugak. Kalau at the same time we have both (car and kids), kos sara hidup akan makin meningkat. Let say monthly payment untuk kereta ialah RM500. Keperluan anak dan keperluan lain macam mana pulak? Tu belum lagi kalau nak bayar insurance kereta dan kos sekolah anak-anak. Bayangkan lah. Aku tak sanggup nak bayangkan. That's why kami berdua nak kereta dulu. Pastu kalau ambik kereta, aku tak nak ambik yang kecik. Macam Perodua (maaf, bukan nak menghina..ini pendapat peribadi based on kehendak sendiri), kecik beb. Kalau nak pakai masa belum ada anak or anak masih kecik lagi, takpe lah. Kalau anak dah besar, mana muat dalam kereta tu. Aku ni jenis fikir masa depan (fikir ke depan), bukan fikir untuk hari ni je. That's why aku kalau boleh nak ambik Proton. Sebab apa? Boot besar boleh muat 2-3 luggage kat dalam tu. Seat space pun besar. Pastu kalau dikira-kira monthly payment Proton dan Perodua, hampir sama je. Better aku ambik Proton.
(Gambar ihsan dari Google)
Cantik kan? Aku suka kereta colour putih or hitam. Tapi kalau ada rezeki lebih, aku nak ambik MPV macam Perodua Alza ke, Proton Exora, Toyota Avanza, Vellfire. Itu je yang aku ingat haha. Kalau ambik MPV, dah tak payah susah-susah beli kereta lagi. MPV dah sah-sah sesuai untuk orang yang berkeluarga. Macam aku ni, aku jenis tak suka pegang anak dalam kereta. Aku lebih suka dia duduk sendiri dalam baby seat dia supaya dia terbiasa pakai safety belt. Macam aku ni tak payah cakap lah. Duduk seat depan pun kalau boleh aku tak nak pakai safety belt. Merimaskan sebab safety belt tu macam nak cekik aku je. Asal pakai je, dia kena leher. Aku tengok orang lain takde pulak macam kes aku. Hairan bebeno den.
Next is about rumah. Lepas plan ambik kereta dan anak tercapai, baru fikir pasal rumah. Kalau boleh, aku tak nak lah rumah banglo tinggi sampai 3 tingkat tu. Aku nak rumah biasa-biasa je tapi dua tingkat. Sebab apa? Kalau ada guest datang rumah, takde lah dorang lalu bilik tidur kita kalau nak pergi toilet. Kang ruang tamu bau bilik tidur pulak. Haha. Haihh aku ni super duper cerewet sikit. Walaupun buat masa ni aku belum ada rumah sendiri, hari-hari and setiap masa aku tutup pintu bilik tidur. Sebab aku tak suka orang nampak keadaan bilik tidur aku. Bukan sebab bilik tidur aku bersepah ke apa. Tapi sebab aku memang tak suka. Dari dulu lagi perangai aku macam tu. Okay back to topic. Kalau dah ada rumah nanti, aku dah cakap awal-awal kat hubby aku nak lantai rumah tu beralaskan karpet. Alaa, bukan karpet mahal sampai harga beribu-ribu tu. Okay, for Mirian, korang pernah tak pergi Pustaka? Mesti pernah punya kan? Perasan tak lantai library Pustaka kat tingkat atas tu beralaskan karpet biru? Ha! Karpet macam itu lah yang aku maksudkan. Aku suka lantai alas karpet macam tu, rasa sangat selesa bila pijak. Tumit kaki pun tak pecah. Rujuk gambar kat bawah. Pastu rumah tu kena ada 3-4 bilik. Satu master bedroom which is untuk aku dan hubby. Satu bilik baby, Yang lagi dua tu untuk guest dan stor.
(Gambar ihsan dari Google)
Apa lagi nak tambah? Rasanya takde lagi kot. Setakat ni je aku berangan. Kalau ada masa nanti, aku sambung berangan lagi. Bye-bye
No comments:
Post a Comment