Showing posts with label Mood : Sucks. Show all posts
Showing posts with label Mood : Sucks. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Friendship Ends Here

Persahabatan kita bermula semasa kita masih di bangku sekolah lagi. Awak ceritakan segala-galanya pada saya, personal life or love life. Kita dah berkawan selama enam tahun dah tapi kenapa sampai sekarang awak masih tak dapat baca perangai saya? Saya marah, saya terluka atau saya tersentap ke, awak langsung tak tahu. Padahal dah enam tahun berkawan kot. Sejujurnya saya tak ada masalah peribadi atau tak ada pon bergaduh dengan family. Saya menjauhkan diri tiba-tiba kerana perangai awak.

Beb, saya tak kisah kalau awak marah atau kecewa dengan saya. Yang saya kisah tu bila awak bercerita tentang saya belakang saya, secara sembunyi-sembunyi dalam bilik. Saya dengar perbualan awak walaupun tak semua. Ayat awak "Iyee, aku takkan membazir dah". Awak tahu tak apa yang saya rasa? Masa awak cakap dengan orang lain saya banyak hutang dengan awak, tahu tak apa yang saya rasa? Masa awak buat keputusan nak balik Miri, nak book ticket tiba-tiba dan plan nak datang Kuching balik after raya, awak tahu tak apa yang saya rasa?

Kita datang sama-sama dengan satu tujuan yang sama which is cari kerja dan bina hidup baru di tempat orang. Beb, hampir semua company sudi terima kita bekerja tapi niat saya terhalang sebab awak tak nak kerja sekali dengan saya. Awak cakap "Takpe lah. Kau jelah kerja. Aku taknak kerja tu, gaji sikit je". Yup saya boleh je terima offer dorang dan terus kerja tapi saya fikir tentang awak, beb. Kalau saya dah start kerja, siapa nak temankan awak cari kerja? Kalau saya pindah duduk hostel, siapa nak temankan awak duduk kat rumah sewa tu? Ada tak awak fikir semua tu?

Beb, kenapa awak ungkit pasal hutang saya? Kenapa awak cakap dekat orang yang saya harus kerja sebab saya banyak hutang dengan awak? Seriously saya TERSENTAP!

Awak ingat tak mula-mula dulu saya cakap saya taknak sewa luar, saya prefer duduk rumah cousin saya. Tapi awak beriya-iya ajak saya menyewa luar sebab rumah sewa tu murah and then awak suruh saya pakai duit awak dulu. Ingat tak? Saya tak pernah lupa hutang saya dengan awak.

Awak cakap awak sayangkan saya dan anggap saya macam kakak sendiri. But then awak cakap awak bencikan saya, siap block facebook saya. Kenapa macam ni beb? Saya tak pernah bencikan awak atau terfikir nak block facebook awak. Sampai hati awak kaaann....

Takpe lah beb. Saya taknak cakap banyak. Kepada kawan-kawan kita yang lain, maaf. Kepada awak, sorry sebab tak reply messages awak. Hati saya terluka dengan sikap awak. Perhaps it takes a thousand years to recover. Dan saya rasa ini ending persahabatan kita. Halalkan makan minum saya.

Maafkan saya. . .... Take care....

Love,
Lucy Gojes

Friday, May 24, 2013

Tragis dan Sadis

Khamis (May 9th, 2013)

Tarikh ni merupakan tarikh malang dalam hidup saya. Huhu. Okay, cerita bermula dari saat saya pergi ke rak buku kat stor belakang. Saya nak ambil stok buku untuk customer (cikgu sekolah). Tak lama kemudian, lady boss saya masuk dan berbincang dengan office boy, Boboi dan Eiran. Saya curi-curi dengar perbualan diorang sambil mencari stok buku. Then Boboi dan Eiran nak ambil papan atas rak buku (rak yang sama tempat saya cari stok buku). Atas papan tersebut ialah meja yang besar dan berat plus licin. Disebabkan permukaan meja tu licin, so meja tu jatuh dan terkena kepala serta muka saya.

Kepala saya terasa berdengung macam speaker yang baru di ON (berdengung), macam tu lah kepala saya. Saya membatu selama beberapa minit kat situ.Sedar tak sedar, saya menangis. Tak lama pastu saya bangun dan nak pergi dari situ. Lady boss saya tarik tangan saya dan menghalang saya dari pergi sebab dia nak tengok muka saya. Lepas dia tengok, dia terus bawa saya pergi Klinik. Saya ingatkan tak berdarah, sampai je kat hospital, darah tu mengalir keluar macam air mata. Sangat sakit dan pedih. Kepala saya mula pening-pening.

Ohh, tidakk.. Sangat hodoh dan menyedihkan.


Gambar kedua bahagian atas tu adalah ubat-ubatan saya and result X-Tray saya.
Yang kedua kat bawah tu air Aloe Vera dari T4 :)


Sadis giler hidup saya kan? Actually luka tu tak dalam pun dan syukur sebab tak perlu kena jahit. Tapi itu lah yang orang selalu cakap "Malang Tak Berbau". Lain kali kena lebih berhati-hati lagi. Hm. Sudah lah hodoh, kena luka macam tu tambah hodoh lagi. Kejadian ni berlaku lebih kurang 4 hari lagi sebelum saya konvokesyen. Haiz, konvo dengan muka hodoh lah jawab nyer. Huhu. Sumpah, saya taknak pergi stor belakang lagi! Haha. Anyway, sekarang ni luka saya semakin membaik. Cuma saya risau luka ni meninggalkan scar kat muka. Minta-minta takde scar. Tolong doakan kesembuhan muka saya k.

-Lucy Gojes-

Sunday, December 30, 2012

Angkat Berat

First time mengangkat boxes yang banyak dan berat. Half dari 29 boxes dari supplier tu, aku sorang je yang angkat since driver takde, boss takde, member lain pergi holiday. Member sorang lagi ni pregnant 5-6 bulan. Takkan nak suruh dia tolong angkat kot. Iskk, tak boleh, tak boleh. 

Disebabkan energy dah banyak terbuang, aku jadi LAPAR. Nak makan NASI lah. Tapi seluar dah kotor, so aku pergi pharmacy beli snacks and air Vico 2 kotak. 

Tangan aku dah merah-merah dan bergetar-getar sebab mengangkat boxes tersebut. Hm. Kesian aku.