Wednesday, September 14, 2016

Happy Birthday, sister!

26.08.2016

Kejadian bulan August tapi update bulan September, dah nak expired dah cerita ni haha. Tarikh keramat yang aku BOLD and UNDERLINED kat atas tu ialah my sister's birthday date, hari Jumaat tapi buat celebration hari Sabtu. Aku dah plan nak buat birthday cake sempena birthday adik aku. Hari-hari aku dok google resepi kek apa nak buat. Akhirnya aku decide nak buat kek butter je, pastu butter frosting. Amek kau! Dua-dua butter, entah macam mana rasa dia nanti haha. Plan nak celebrate birthday ni cuma aku, mak and abang aku je tahu. Aku tak nak bagitahu kat aunty aku, takut kantoi. Petang sabtu tu, aku buat kek. Plan nak buat pagi sabtu tap boleh pulak aku lupa. Nasib baik aku teringat petang tu, buatnya aku lupa langsung sampai ke petang, takde kek lah jawabnya. Haha.






Gitu lah rupa cake yang aku buat sempena birthday adik aku. Birthday cake yang takde nama, cuma ada candles haha. Aku lupa nak letak wording atas cake tu. Al-maklumlah kerja last minute memang gitu lah hasilnya. Nak tahu adik aku panggil cake ni apa? Clay cake katanyer haha sebab colour dia hijau. LOL. Topping atas cake tu ialah NIPS. Ni nama nyer cake ketandusan idea haha. Birthday adik aku disambut di stall aunty aku kat area Sri Aman, Permyjaya Miri. Actually plan memula memang nak lepak sini makan-makan. Tiba-tiba je idea nak sambut birthday tu muncul zappp kat kepala. Lepas aku and hubby sampai kat stall, dari jauh muka birthday girl happy bila nampak cake. Gedik! Haha. Aunty aku cakap birthday Candy (girlfriend cousin) jatuh pada hari yang sama aku buat surprise tu. So double birthday celebration lah maksudnya. Meaning ada dua cake. Haha. Kalau korang nak tahu, aku ni hantu cake.


Lepas abang dan kakak ipar aku sampai, majlis pun bermula dengan nyanyian birthday, birthday wishes, candle blow, potong cake dan akhir sekali makan. Haha bahagian yang aku nanti-nantikan. Sebab apa? Sebab kat stall aunty aku ni dia ada jual nasi lemak, sotong sambal, pork burger (sorry for Muslims), grilled chicken and pork and sambal 3 rasa (Sambal belacan, sambal cili dan sambal apa ntah yang satu lagi tu). Yang ni lah favourite aku. Belum pernah lagi aku makan makanan panggang cicah sambal 3 rasa kat mana-mana (kalau korang pernah, diam je..maknanyer kat sini aku sorang je yang jakun haha). Sambal aunty aku perghhhh! Tahap kepedasan yang memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Bagi non-muslim yang menetap di Miri, korang memang dialu-alukan ke stall aunty aku ni. Kalau tak tahu kat mana, korang boleh tengok facebook aku and PM for more details.

















Final word, happy birthday to my sister. Dah tua dah, control sikit emosi kau tu. Jaga mak dengan bapak elok-elok. Aku ni tak boleh nak tolong kau jaga mak dengan bapak buat masa ni. Al-maklum lah kena ikut suami. Apa-apa pun semoga kau dapat apa yang kau idamkan. Kalau kahwin nanti, jadikan aku wedding planner kau haha. Aku reserved awal-awal. God bless you. Amen