Wednesday, September 21, 2016

Ikan Goreng Pertamaku

Hi bloggers and readers! Today I'm gonna talk about Ikan Goreng Pertamaku. Tajuk kali ni sangat special sebab selama 25 tahun ni, hari ini first time aku masak ikan goreng. Sebab tu tajuk dia ikan goreng pertamaku. Dari kecik aku jarang masuk dapur. Kalau masuk dapur pun masak air, masak instant mee dan menu-menu yang aku tahu jelah. Tapi kalau ada mak kat rumah, memang aku tak jejak kaki ke dapur langsung kecuali kalau disuruh. Bila parents balik kampung, ha barulah nampak batang hidung aku masuk dapur. Bukan setakat dapur je aku try, dengan penyapu dengan mop sekali aku try. Maksudnya masa parents takde masa itu lah baru nak rajin. Haha. Yelaa, parents aku cuma ajar aku tentang manners, bab-bab memasak memang tak pernah ajar langsung. Aku ni bukannya malas nak masak, cuma aku tak tahu nak masak apa. Karang kalau aku masak, orang tak nak makan pulak masakan aku. Tu yang aku menyampah tu.


Seriously and honestly, I love cooking. I have tonnes of recipes tapi satu pun tak pernah cuba nak masak. Itu kes dulu. Sekarang bila dah kahwin and sejak tinggal rumah mertua ni, banyak yang aku belajar. Dulu aku tak pandai masak sup timun. Sekarang dah boleh dah. Dulu tak pandai and tak pernah masak tubuk (makanan orang Sarawak), sekarang dah pandai dah. Nak kata pandai sangat masak tu, tak lah jugak. Benda yang aku familiar je aku tahu masak. Kalau unfamiliar menu pun aku boleh masak tapi nak kena ada guide lah. Sama jugak macam ikan goreng yang aku nak ceritakan ni.


Dulu knowledge aku pasal cara nak siang ikan memang zero habis, until I saw my granny-in-law siang ikan haritu. Masa tu aku tengok je dia buat and save dalam kepala otak aku. Nasib baik pagi tadi aku masih ingat lagi steps dia. Ikan goreng ni aku masak untuk bekal hubby aku. Mula-mula ingat nak goreng ayam je tapi macam bosan lah asyik masak benda yang sama je. So aku tukar fikiran and pilih ikan.




Itu lah hasil siangan aku. Sikit je kan? Sebab yang mula-mula aku buat tu aku dah buang. Bila nak siang ikan ketiga baru terfikir nak snap. Nasib baik ikan ni takde sisik, so takde lah aku buang masa nak buang sisik. Nak buang benda kat atas tu pun dah ambik masa setengah jam. Haha. Aku bangun 4.30am, ikan siap disiang pukul 5am. Lama tak? Padahal ikan 4 ekor je, size kecik je pun. Haha. Maybe sebab first time siang, that's why agak slow. Bila dah expert nanti baru lah laju buat kerja. Ye dok?




Nampak tak macam mana cara aku marinate ikan aku? Aku cuma letak dua sudu garam, satu sudu ajinomoto dan dua ulas bawang putih. Simple je. Marinate tak sampai 2 minit pun haha. Cukup lah tu. Tak payah lama-lama pun takpe. Dalam gambar tu cuma ada dua ekor je, sebab lagi dua ekor dah dalam kuali dah. Yang dua ni tengah tunggu turn untuk "digoreng". Sambil menunggu ikan masak, aku pergi cuci pakaian abang ipar dan adik ipar aku. Cuci guna tangan je okay. I tak minat cuci guna washing machine you ols. Bagi aku, washing machine tu cuci tak sebersih aku cuci sebab aku bukan setakat rendam pakaian guna softener je, Aku siap sental lagi pakaian tu especially pakaian dalam. Nasihat aku kepada korang kat luar sana yang suka sangat depends on washing machine untuk mencuci pakaian, kalau boleh kurangkan. Kalau selimut, langsir atau cover cushion ataupun pakaian yang tak kotor tu boleh je cuci guna washing machine. Tapi kalau pakaian dalam ataupun pakaian yang ada kolar, better don't. Sebab biasanya kotoran melekat pada kolar baju. Aku bercakap ni based on my experience. Sebelum ni baju kemeja hubby aku rendam je. Until the last couple months, aku cuba untuk menyental kolar kemeja hubby, warna kekuningan tu terus hilang. Since then setiap kali sebelum nak rendam kemeja hubby, aku sental dulu bahagian kolar. Bila dah habis, baru aku rendam dalam softener.


And aku nak cerita jugak pasal towel, selimut dan cadar tilam. Sebelum ni aku depends on washing machine untuk mencuci semua tu. Sehinggalah suatu hari tu aku terfikir untuk sental ketiga-tiga benda tu. Nak tahu apa hasil dari sentalan aku? Lepas aku dah sental guna berus pakaian, aku pijak-pijak towel tu. Masa aku pijak tu, keluar segala kotoran dari dalam towel tu. Then bila dah jemur, towel aku macam towel baru. No! This is serious. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba kat rumah. Aku cuci guna cara yang sama pada selimut and cadar tilam and the same thing happened, kekotoran semua keluar.


Okayy back to topic. Gambar kat bawah ni adalah hasil ikan goreng aku yang dah siap masak. Nafsu makan aku dah membuak-buak bila aku tengok kepala ikan tu. Haha. Aku ni suka makan kepala ikan. Tapi ikan kecik-kecik jelah. Kalau ikan besar, aku tak minat lah kepala dia sebab tak rangup. Bila bekal hubby dah siap, aku masuk bilik and sambung tidur balik. Haha rutin harian.


Ikan Goreng Pertamaku