Monday, August 15, 2016

Mukah Trip - Day 1 : Bintulu

Kami bertolak pada pukul 10am. Abang ipar aku drive, mak mentua duduk depan. Aku, hubby dan adik ipar duduk belakang. Perjalanan kami ke Bintulu mengambil masa dalam 4 jam lebih. Kami terpaksa bermalam di Bintulu sebab haritu hubby booked hotel kat Mukah untuk 5hb je. Sebabnya dia tak tahu yang pagi 5hb tu dia wajib datang rehearsal.



 (Sister-in-law, me and hubby - tengok apa tu sayang sampai muka camtu?haha)






Kira-kira pukul 1pm, kami sampai di Bintulu. Sampai-sampai je terus cari hotel. Masuk hotel ni, tak berkenan pulak. Masuk hotel ni, mahal pulak. Hotel terakhir yang kami tanya iaitu Walden Inn. Rate untuk satu malam ialah RM60-70. So kami pilih hotel Walden. Bila dah santai-santai, kami keluar untuk lunch kat foodcourt Farley Hypermarket. Aku pon tak tahu ni Hypermarket ke Mall. Main taip je haha. Menu lunch aku haritu ialah Nasi Goreng Kampung. Komen aku, tak berapa sedap. Nasi goreng aku lagi sedap. Haha serious talk.






Selesai makan, kami balik ke hotel. Apa lagi, masa untuk tido! Haha. Tapi hubby sibuk layan movie Nice Guy, mentang-mentang wifi free. Pastu bila wifi dah problem tak boleh connect, mula lah dia stress haha. Cuba jadi macam aku, rilek je tido. Around pukul 5pm camtu tak silap mak mentua ajak keluar jalan-jalan. Kami pergi Supersave. Bila kaki aku melangkah masuk ke dalam Supersave, tiba-tiba aku teringat cousin aku kerja kat situ. Aku pon cari dia, bila dah jumpa, apa lagi selfie lahhh haha.



(My mom-in-law and sister-in-law)


Lepas kami jalan-jalan kat Supersave, kami decide nak pergi Mall. Apa tah nama mall, lupa pulak. Masa pergi mall tu, mak mentua aku tak join. Dia jumpa member kat kedai kopi. So kami berempat je jalan-jalan cuci mata. Then bila dah puas pujuk driver, akhirnya dia setuju nak pergi pasar malam. Al-maklumlah, dia sorang je yang tahu jalan kat Bintulu ni. Tapi kami terpaksa ambik mak mentua aku kat hotel dulu. Bila dah sampai pasar malam, rambang mata aku tengok makanan. Haha rasa macam nak borong semua. Tapi tak boleh, trip ni boleh dikatakan trip bajet lah jugak. Masing-masing tengah sengkek haha. Kami cuma beli nasi ayam untuk makan malam. Lepas tu balik hotel and makan. Lepas makan, tido haha. Tapi mata aku tak boleh nak tido. Aku ni ada satu penyakit, bila pergi tempat baru atau tempat asing bagi aku, confirm mata aku tak boleh tido untuk malam pertama. Lepas dah malam kedua dan seterusnya baru penyakit aku tu hilang haha. Tak tahu lah samada aku sorang je ke yang ada penyakit macam ni, ataupun ada jugak orang kat luar sana yang menghidapi penyakit yang sama macam aku. Bunyi macam penyakit serious pulak haha. Okay lah, entry ni sampai sini je dulu. Nanti esok lusa aku sambung balik yeee.

Klik link kat bawah kalau nak tahu kesinambungan cerita Mukah Trip:
Mukah Trip - Day 2 : Mukah
Mukah Trip - Day 3 : Graduation's Day

No comments: