Monday, September 12, 2016

My Birthday

10.09.2016

Yayy! Today is my birthday. Aku dapat wish yang pertama dari hubby tengah malam tadi. Masa tu aku ngantuk sangat, plus masih sedih memikirkan cincin  kahwin aku hilang. Pelik nau aku. Macam mana cincin tu boleh terlepas dari jari tanpa aku sedar? Aku ni makin kurus ke? Haha. Macam mana nak bagi cincin ni fit kat jari ea? Sebab setahu aku dari dulu lagi size jari aku ni tak berubah, masih size 16. Tak percaya? Ha, memang itu lah size jari aku. Cincin kahwin aku ni size 18, sebab tu longgar. Yang tu baru jari manis, kalau jari kelingking aku tak tahu lah berapa size nyer. Entah-entah 10 kot haha. Size jari aku dan hubby hampir sama. Hubby 18, aku 16. Kalau size baju memang totally sama size S-M (depends lah - ada baju size situ tulis S tapi actually size M). Kalau size kasut pulak, sama je haha cuma kaki lelaki ni lebih besar dari perempuan, kaki aku kecik tapi kepanjangan dia sama dengan kaki hubby, size 6.


Okay, berbalik kepada topic. Keesokkan pagi aku bangun, parents-in-law ajak jenjalan. Kitorang pergi Boulevard Hypermarket. Hubby pun ikut sekali sebab dia tak kerja harini, public holiday sempena birthday TYT (Tuan Yang Terutama Ketua Menteri Sarawak) - maaf kalau salah. Actually harini ada sambutan hari jadi TYT kat Stadium Tertutup Miri. Ada masa nanti aku update entry tentang topic tu dengan gambar-gambar sekali, ihsan dari kenalan facebook kat Miri Community.


Masa jenjalan kat Boulevard tu, tiba-tiba mak mertua aku suruh pilih teddy bear yang mana aku suka, nanti dia belikan sebagai hadiah birthday aku. Peluang yang ada tidak disia-siakan, aku terus grab teddy bear putih yang memakai t-shirt dan short pant. Bila dah pilih tu, aku show off kat hubby. Sekali hubby suruh tukar teddy bear gegirl, dia tak suka aku ambik teddy bear boy. Sebab aku ni jenis tido peluk teddy bear. So hubby jealous. Actually, aku dah ada satu kat rumah, aku beli sendiri tahun 2014 tak silap. Nama dia Zoe. Yang tu pun hubby tak suka jugak tengok aku dok peluk setiap malam. Haha. Apakan daya, itu lah busuk aku, so hubby redha dia bermadu dengan Zoe haha. Back to topic, nak tak nak, aku pergi tukar teddy bear gegirl. Huhu. Pastu, kami pergi kedai makan Cina kat Permyjaya City Centre untuk minum petang.


Selesai minum petang, kami pergi Emart Supermarket semula for groceries shopping. Habis shoping pukul 7pm. Arghh! Masa tu kelam-kabut sangat sebab dah lambat untuk appointment (appointment lah sangat) dengan family untuk lepak kat stall aunty aku sekali lagi (kali yang ketiga kalau tak silap). Pukul 8pm baru kami berdua sampai kat sana. Sampai-sampai je aku tengok tiang stall ada balloons bagai, birthday banner and ada cake. Dari semalam lagi dah aku dapat agak apa tujuan dorang suruh aku datang stall harini haha. Ingat aku tak tahu ke. Aku ada sixth sense tau haha. Disebabkan aku dan hubby lambat sampai, cake pun dah melting tunggu tuan dia haha.


Oh btw, masa tu ada member aunty aku tanya sapa punya birthday, sebab dia ada nampak lilin nombor 25 atas cake. Bila orang cakap aku punya birthday, member aunty aku tu puji muka aku macam masih budak-budak lagi. Haha well, awet muda gituuuu. Jangan jealoussss. Okay, tanpa melengahkan masa, majlis pun dimulakan dengan nyanyian hari jadi, birthday wish, candle blow, snap-snap dan akhir sekali MAKAN!! Hihi kat bawah antara gambar-gambar pada hari kejadian. Sila lah rajin-rajin tengok.


























Oh btw, yang tu anak buah aku yang paling handsome. Anak kepada abang aku. Nama dia Thaddeus Reuben, panggil Aben je. Dia ni aduhhh, naughty tahap max. Umur nak dekat 2 tahun. Aku tak faham lah tengok si kecik ni, bukan reti duduk diam. Kalau duduk pun sebab nak menyusu ataupun sebab ada Ipad nyer. Tapi tak lama je, tak sampai setengah jam. Lepas habis susu ataupun bila dah rasa bosan, ha mulalah dia sambung duty dia. Tengok tu, kita punya birthday, dia pulak sibuk nak blow candle. Itu cake Titi, Aben. Haha takpe. Nanti Aben birthday, Titi pulak tumpang tiup candle Aben yee. Hehe