Monday, September 19, 2016

BBQ - Tanjong Lobang Beach, Miri

Tanggal 16.09.2016 bersamaan dengan hari Malaysia (means, public holiday), aku bangun pada pukul 6.30am. Kena bangun awal sebab nak reserved tempat nak bbq kat Pantai Tanjong Lobang nanti. Lepas dah siap mandi and dah bangunkan hubby, aku packing pakaian dan segala keperluan di pantai (in case nak mandi air laut). Untuk pengetahuan korang, last aku menjejakkan kaki ke pantai ni ialah masa aku masih kecik dulu. Entah berapa umur aku masa tu. So korang kira lah berapa tahun dah aku tak pergi pantai ni and mandi pantai. Tu yang excited sangat sampai pack baju bagai haha. 


Lepas dah siap-siap, kami gerak ke Pantai dalam pukul 7.30am tak silap. Sampai kat sana, terus angkat barang dan keperluan bbq. Bapa mertua dan hubby tengah hidupkan api sementara menunggu kedatangan ahli keluarga yang lain. Hubby ditugaskan untuk menjaga bahagian panggang A, abang ipar jaga bahagian panggang B, manakala bapa mertua aku pulak bertanggungjawab mengambil gambar sambil monitor hubby dan abang ipar. Yelah, kang hangit pulak pork (sorry for muslims) dan chicken wings tu haha.








Yang dalam gambar tu ditugaskan untuk makan apa yang dipanggang haha. Kalau korang zoom gambar tu, korang boleh nampak apa benda kat tangan aku haha. Orang lain makan guna pinggan plastik, yang aku guna jari pon boleh. Oh btw, ahli keluarga yang lain tu sampai around 9.30am tak silap. Lepas dah selesai makan, sesi photoshoot pun bermula. Aku tak upload semua gambar ea. Total semua gambar dalam 100 lebih. Gila tak banyak! That's why aku upload a few je.

















Lepas dah selesai sesi photoshoot, aku baru nak rilek2 layan facebook, tiba-tiba adik ipar aku datang and membisikkan sesuatu kat telinga. Dia cakap "Kak, abang ajak mandi air laut". Toink! Haha. Apasal lah masa dia tanya pasal boxer tadi dia tak bagitahu je terus-terang. Perlu ke suruh adik sendiri bagitahu haha. Maybe dia baru terfikir nak ajak aku kot. Yelaa, macam yang aku pernah mention dalam entry sebelum ni, hubby aku tu ada masalah short-term memory lost haha, so faham-faham jelah. Skuad mandi air laut terdiri daripada aku, hubby aku, adik ipar dua orang iaitu Lisa dan Boboy. Menyesal pulak tak ambik gambar masa mandi tu. Takpe lah, yang penting kitorang terSANGAT-SANGAT happy dapat mandi air laut walaupun cuma berempat je. Puas dah pujuk orang lain untuk join sekali tapi sorang pun tak nak.



Masa tengah syok mandi tu, tiba-tiba aku kena tolak ombak kuat dari belakang. Aku sedar ombak tu kuat, so aku membelakangkan ombak tu konon dapat lawan lah. Sekali ombak tu tolak aku dari belakang, gedebub aku jatuh and masuk dalam air macam orang yang lemas. Masa aku jatuh dalam air tu, jantung aku dup dap dup dap sebab takut tak dapat berdiri lagi. Sebab ombak tu kuat giler doe. Masa aku kena tolak tu, kaki aku tak cecah tanah pun. Sapa tak takut? Aku cemas giler, sebab masa kecik dulu aku pernah hampir lemas kat sungai Rajang, Kanowit. Start dari tu, aku takut air. Takut air tapi nak jugak mandi laut. Poyo betul haha. Sepanjang mandi-manda tu, ada lah dalam 3-4 kali aku kena tolak ombak. Hubby dengan adik ipar aku rilek je lawan ombak, aku sorang je yang asyik jatuh dalam air. Agaknya ombak tu tak suka aku kot haha.


Dah lah muka aku je asyik kena tolak dengan ombak. Dah tu tiap kali aku cuba lompat bila ombak datang ataupun bila aku jatuh je, hubby gelakkan aku. Kurang asam betul. Masa nak balik tu, dia cuba nak breakdance dalam air (acah-acah b-boy), sekali ombak tolak dia, gedebub dia jatuh and berpusing-pusing dalam air. Peluang yang ada tidak disia-siakan, turn aku pulak gelakkan dia puas-puas HAHA. Padan muka! Dia kata kepala dia terhantuk kat tanah masa dalam air tu and dia berpusing ala-ala Blake Lively dalam movie The Shallows. Poyo je.


Around pukul 2pm camtu kami semua berkemas dan balik ke rumah masing-masing. Lepas dah sampai rumah, aku terus cuci pakaian yang dipenuhi pasar pantai. Seriously, aku letih sangat-sangat tapi aku ni jenis tak suka pospone kerja rumah. Nak-nak lagi kalau benda tu melibatkan pakaian ataupun kekemasan dan kebersihan, memang aku buat on the spot. Bila kerja dah setel, baru lah kita boleh rileks puas-puas, hati pun senang. Tapi aku ni, bila kerja dah setel, aku ajak hubby pergi bakery kat Boulevard semata-mata nak beli cheese bun. Balik dari membeli tu, aku baring dan terlelap. Around 9pm aku terbangun sebab panas, so aku mandi sekali lagi sebab tadi sebelum pergi bakery, aku dah mandi dah. . Lepas mandi, aku baring and tertidur lagi. Pukul 12.30am hubby bangunkan aku untuk temankan dia makan mee segera. Masa makan tu, hubby cakap aku berdengkur masa tido tadi. Like seriously? Mula-mula aku tak percaya. Tapi bila fikir balik, make sense jugak sebab aku memang letih sangat-sangat. Lepas habis makan, aku sambung tido balik sampai esok pagi baru bangun haha. Dahsyat betul. Okay lah, sampai sini jelah entry aku kali ni. Bye bye

No comments: