Friday, August 24, 2012

Lari Hostel !

Entry kali ini saya nak tujukan khas untuk "abang" si bongok. Err, abang lah sangat. Saya baru kenal dia Rabu malam (21 Aug 2012). Masa tu nak pergi lunch dengan Elsie dan Am. Sebelum nak pergi tu, kami singgah dulu kat rumah dorang kat Senadin. Sampai je kat rumah tu, dalam hati "Oke fine. Rumah yang sangat comel. Kecik jee". Ingatkan kat dalam dia buruk ataupun dalam bahasa saintifik nyer "Selekeh". Tapi tekaan saya salah. Bila pintu terbuka je, saya nampak set TV dan sofa hitam. Dalam hati "Shit! Sofa idaman aku". Oke fine, saya jealous sudaa.. Hmm, sabar jelah.

SKIP >>
Malam:
Elsie yang pergi jalan-jalan dengan Am, call saya. Dia cakap malam ni kitorang tidur rumah "abang" si bongok ni. Oke, aku terus pack barang. Selesai je packing, nah, hambek ko. Barang yang saya bawak penuh satu bag. Padahal plan nak tidur satu malam je. Tapi barang saya macam nak tidur 2 malam. Haha! Then kitorang pergi dinner and nak cari kedai makan Halal yang ada nasi. Cari punya cari tapi tak jumpa. Last last dinner kat McDonald's. Huh! Dinner lah sangat.

Ha, part ni lah saya cerita nih. Masa kat McDonald's tu, Elsie dan Am nak pergi toilet untuk cuci tangan. So, kat meja tu tinggallah saya dan si "abang" tu je. 
>> Silence >> Silence >> and Silence .......
Masing-masing senyap sambil menikmati hidangan dari McDonald's. Oke fine, saya dah mula rasa awkward. Haha! Asal dia senyap doe? Bongok, ke-silence-san dia buat saya rasa awkward gilerr..

SKIP >>
Habis je tengok movie kat cinema, kitorang balik rumah. Dalam kepala saya dah terbayang katil dah. Tapi  sampai je kat rumah diorang, saya terpaksa tidur kat sofa sebab takde pilihan lain. Huhu. Tapi kaannn you ols, I dapat selimut yang selesa giler plus wangi. Hee :)

Esok pagi (22 Aug 2012)
Bangun awal and semangat nak pergi kerja. Huh! Semangat lah sangat. Pukul 9am pon masih duduk kat sofa and tengok diorang main dengan Hitam (kucing). Haha! Tapi kejap je lepak, pukul 9 something, kitorang dah gerak pergi office. Opps! Sebelum pergi office, kita pergi bungkus breakfast dulu okee :) Lepas habis bungkus breakfast, Elsie dapat SMS dari *ttuuuuutt* .. SMS tersebut berbunyi "Piak. Ngambik MC duai and submit bak EO pegilak k".. 
TRANSLATION: "Ohh macam tu. Ambik MC and submit dekat EO esok k". 
Dalam hati "Whatever" ..

SKIP >> 
Petang tu, kitorang pergi E-Mart untuk beli movie (err paham tak? Kalau tak paham, baca lagi sampai paham ea).. 5 jenis movie kitorang beli. Sampai je kat rumah, saya dan si "abang" layan 2 movie iaitu Zombie dan satu lagi The Hunger Games. Makin lama, rumah tu makin gelap. Pergh ! Dah macam tengok movie kat cinema doe. Haha! Oke, sedikit keajaiban berlaku apabila movie ke-2 start, masa tu lah saya dan si "abang" dah mula berborak. Huh! Berborak lah sangat.

Lepas dinner, kitorang berdua sambung balik. Oke finee, 5 movie tu kitorang boleh habiskan dalam satu malam je. Haha! Movie ke3 ialah The Silent House. Tapi tak boleh nak layan sampai habis sebab CD tu rosak. Urghh! Takpe lah. Kitorang tengok movie ke4 iaitu Rec. Bila movie tu start je, lagu dia dah lain macam je saya dengar. Dia sebut "amor". Oke finee, cerita ni dalam bahasa Spanish (spanish kan?). Huhu. Kitorang berdua layan je. Tengah excited nak layan, tiba-tiba ada Translator duduk sebelah saya. Erkk? Haha! Dari awal movie tu sampai lah habis, dia dok translate. Kalau translate betul-betul, takpe gak. Ni dok translate yang bukan-bukan, and dalam bahasa Melayu Sarawak pulak tu. Haha! Sengal giler. 

SKIP >>
Oke, cerita saya habis kat sini je you ols. I nak balik kerja. Jam menunjukkan lagi 10 minit nak pukul 5pm. Last sekali, saya nak sampaikan something kat si "abang" bongok a.k.a Afiq tu. Ni kira wasiat lah. Hee :)
Just nak cakap, jangan terlalu mudah percayakan orang. And jangan M.A.L.A.S!! Kalau buat assignment tu, jangan lah gatal-gatal layan Facebook yang dah bertukar jadi stupid timeline tu. Urghh! Sesungguhnya saya benci facebook tersebut. Akhir kata dari beta, Belia Benci Dadah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Sorry tak dapat join korang pergi Bekenu. Ayang busy lah, you. Haha! Whatever.

>> Oke, sekian wasiat dari saya. Ada jodoh, jumpa lagi. Annyeong-haseyo dan Salam Satu Malaysia >>

.....Tajuk entry takda kena mengena dengan post. Maaf masa tu, sistem down. Nak tukar balik tapi malas sebab nampak menarik. (menarik lah sangat). ALASAN SEMATA-MATA. K bai.