Wednesday, November 28, 2012

The saddest part in my life

Semalam hari pertama saya bekerja di Centre Point Bookshop Miri as an Admin Assistant for three months before saya jadi permanent staff. Semalam merupakan bad day saya. Disebabkan semalam saya dan rakan sekerja saya terpaksa menyiapkan tender untuk 5 company, so kitorang terpaksa balik lambat. Saya ingatkan memang akan siap tengah malam. Syukur puji Tuhan sebab tender akhirnya berjaya disiapkan awal walaupun tak lah seawal mana, iaitu pukul 8.30pm. My sister tunggu saya di bawah office dari pukul 5:00pm. Huhu. 30 minit sebelum tender siap, my mum call and membebel. Macam-macam yang mak bebelkan. Benda yang paling saya ingat sampai sekarang ialah my mum cakap saya ni "Menyusahkan". Saya beritahu mak saya "Sebab tu lah aku taknak sapa-sapa drive aku balik atau ambik aku dari tempat kerja. Aku taknak menyusahkan korang, benda macam ni yang aku taknak". 

Kebetulan pulak malam semalam hujan lebat, confirm saya kena marah teruk bila sampai rumah. Tapi tekaan saya salah. Saya tak kena marah pun, sebaliknya saya di ignored. Saya panggil ayah saya nak mintak remote control tapi saya di ignored. Saya sedih, saya masuk bilik and menangis. Bila airmata dah kering, saya keluar bilik untuk basuh muka and then pergi tidur. 

Keesokan harinya, saya tengah bersiap untuk bertolak. Saya sempat masak nasi goreng untuk breakfast. Saya duduk di sofa, tunggu adik saya keluar bilik untuk menghantar saya ke bus stand. Masa nak bertolak tu, my mum cakap "Ko ni sempat bus ke tak. Dah tahu nak pergi awal, tak reti-reti nak siap awal". Saya jawab "Aku dah siap awal dah. Aku tunggu korang. Bukannyer aku yang drive kereta. Tak habis-habis nak salahkan aku". 

Lepas tu, dalam kereta saya tanya mak tak kasi duit ke. Adik cakap dia tak tahu. Dia nampak duit tambang tu je kat situ. Oke fine, saya takde duit nak makan. Hm. Saya nak nangis tapi saya tahan je. Saya taknak nampak lemah depan adik saya. Bus pun sampai, saya cepat-cepat masuk dalam bus and then nangis puas-puas secara senyap-senyap. Saya taknak penumpang dalam bus tu tahu atau dengar.

Saya tak tahu apa dosa saya.
Adakah saya berdosa sebab bekerja dan balik lambat dari office?
Adakah saya berdosa sebab nak drive diri-sendiri pergi kerja?
Adakah saya betul-betul menyusahkan mereka sepanjang 21 tahun saya hidup?

Saya sayang mereka. Saya taknak mereka susah sebab saya. Sebab itulah tujuan utama saya dapatkan licence kereta. Itu saja sebabnya. Tapi mereka tak faham saya. Ataupun maybe saya yang tak faham mereka?