Sunday, January 27, 2013

Kuching Trip (Jan 18, 2013)

Jumaat last two weeks (Jan 18) , saya pergi Kuching Sarawak untuk interview MAS Wings. Setelah sekian lama tak pergi, ini adalah kali pertama saya pergi. Kali terakhir saya pergi ialah ketika saya masih berumur 15 tahun.

Sampai je kat International Airport Kuching, saya terus cari toilet. Tapi tak jumpa, so terpaksa pergi kaunter pertanyaan. Ala-ala pelancong asing gituu. Haha !

Then saya tercari-cari Abang Bob (cousin). Al-maklum, dah lama tak jumpa so tak ingat muka dah. Bila dah jumpa Abang Bob, kitorang terus pergi cari McDonald's Drive Thru. Tiba-tiba ............................................................. Abang Bob pergi KFC Drive Thru. Erk?? Rupa-rupanya kat Kuching tak ada McDonald's Drive Thru, cuma ada KFC Drive Thru je. Haha! Okay finee.....

Sampai je kat rumah Abang Bob kat Lot 552, Matang Kuching, saya terkejut bila tengok ramai budak lelaki lepak kat situ . Ingatkan Abang Bob salah rumah. Haha! Masuk je rumah, saya terus masuk bilik dan buang pengilat kuku sebab esok nak pergi interview. Hee :) Malam sebelum interview tu, saya try tidur awal tapi tak boleh sebab rumah baru and tempat baru, so agak susah saya nak lelapkan mata.

Pagi esoknya, saya bangun pukul 6am. Padahal interview tu start 8:30am tapi bangun awal giler... Haha! Ini bukan semangat interview okay, ini sebenarnya disebabkan mata tak boleh nak tidur. Huhhh...

Interview tersebut diadakan di Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching. Sampai je kat Merdeka Palace tu, saya terus hilang keyakinan diri... Saya dan Angel (member) masuk toilet untuk betulkan baju dan kasut.

(view dari luar Merdeka Palace Hotel & Suites , Kuching Sarawak)


Dalam Toilet
Me : Wei, okay tak baju aku ni?
Angel : Okay je lah. Jom.
Me : Jap jap. Err.. Jom balik.
Angel : Kita dah masuk dah wei. Nak balik macam mana. Nanti malu lah kalau orang tengok ko tiba-tiba balik... Dah alang-alang kat sin , pergi jelah. Kalau taknak sangat, masa interview nanti, ko buat muka bodoh. Haha!
Me : Masalahnya aku tak confident lah. Ko tengok lah orang yang datang tu, semua cantik-cantik kot. Aku ni? Dengan mekap tak pakai, baju pun old skool. Seriously, aku nak balik.
Angel : Pergi jelah. Just have fun okay. Dah, jom.

(view dari dalam Merdeka Palace Hotel & Suites , Kuching Sarawak)


Okay lah. Saya malas nak cerita pasal interview ni. Hehe :)

After interview, saya dan Angel pergi Plaza Merdeka untuk lunch. Kami berdua lunch di Food Court Plaza Merdeka Kuching. Kami berdua lunch Mi Goreng :)

(yummy .......)


After lunch, kami pergi ke Muzium Kuching. Ada dua buah muzium yang kami pergi masa tu tapi saya lupa nama muzium tersebut. Hee :)

(Museum)

(meriam yang terdapat di luar Museum Kuching tersebut)


Then kami pergi lepak kat Taman di belakang muzium. Okay, photo shoot time!! Haha..

(gambar di ambil oleh : Angel)

(view kat Taman sebelah Museum)


(view kat Taman sebelah museum)


Rasanya kat atas tu Dataran Kuching. Saya sendiri pun tak tahu apa nama tempat tu tapi view dia sangat cantik. It looks like Miri City Fan. Kami lepak and photo shoot kat sini sementara tunggu Abang Bob (cousin) datang ambil. Masa photo shoot tu, rasa macam retis jap. Haha! Tapi, beberapa minit kemudian, ada sekumpulan lelaki datang dan tegur kami berdua. Handsome? Not bad lah tapi agak menakutkan sebab masa tu, cuma ada saya dan Angel je yang lepak kat Taman tersebut. Oleh sebab risau yang teramat sangat, kami berdua cepat-cepat kemas barang dan pergi dari situ. Hm. Sesi photo shoot terpaksa dihentikan buat sementara waktu.. Haha!

Tak lama kemudian, Abang Bob datang. Kami bertiga pergi Parkson, temankan Angel beli necklace. Then kami pergi The Spring. It's MOVIE time!!!

(view dari luar : The Spring , Kuching)

(Movie yang kami tengok malam tu : MAMA)


Lepas habis movie tersebut, kami pergi McDonald's untuk dinner. Mula-mula nak Drive Thru je tapi saya baru teringat kat Kuching tak ada McDonald's Drive Thru. So terpaksa take away je. Hee :)

(gambar hiasan : spicy chicken McDeluxe)


Then balik rumah. Sampai je kat rumah, saya nampak Granny saya duduk tengok TV kat ruang tamu. Nasib baik Granny balik rumah Abang Bob. Kalau tak, entah bila lah nak jumpa Granny and kasi kuih yang mak buat untuk dia. Tak pasal-pasal kena bebel dengan mak. Haha .. Borak-borak kejap dengan Granny, then mandi. Last sekali, TIDUR!! Dah penat jalan-jalan sepanjang hari, so masa untuk rest. 

Keesokan pagi, saya bangun almost 12pm. Haha. Sedap giler tidur. Lepas habis mandi, saya terus lunch dengan Granny, then masuk bilik layan lagu. Tiba-tiba Abang Bob masuk bilik terus ajak pergi airport untuk beli ticket. Selesai beli ticket, Abang Bob ajak pergi lepak Esplanade pukul 8pm.

Malam , 8pm
Sampai je kat Esplanade pukul 9pm, kami terus jalan-jalan. Abang Bob dengan girlfriend dia, saya dengan Angel. Tiba-tiba nampak sekumpulan penyanyi jalanan kat Waterfront Kuching. Saya ajak Angel tengok dorang sekejap tapi Angel taknak sebab segan. So, kami berdua meneruskan perjalanan sehingga ke hujung Waterfront, then pusing balik. Lepas pusing balik, kami berdua duduk di bench sambil tengok sekumpulan penyanyi jalanan tadi tu, sambil layan perasaan. Kadang-kadang lagu yang dorang bawak memang kena dengan mood saya yang masih sedih teringatkan ex-boyfriend. Huhu.

(view waktu siang : Esplanade Kuching) 

(view waktu siang : Waterfront Kuching)

Masa tengah tengok dorang tu, saya bercakap di dalam hati "Alangkah best nyer kalau aku dapat berkawan dengan dorang ni. Nampak macam sama kepala je. Korang-korang, boleh tak kalau aku join group korang? Haha" .. Finally impian jadi kenyataan. Saya berkenalan dengan salah seorang daripada mereka, namanya Faiz. Agak comel! Haha. Tapi jangan perasan ye. Saya cuma nak berkawan je. Nak mencari kawan baru di tempat baru. Nak jadi kawan rapat, bukan kekasih okayy. Tapi kalau nak jadi kekasih pun, apa salahnya. Haha!! (kidding)

Okay, sampai sini jelah kisah saya di Kuching. Kepada warga Kuching, nantikan kedatangan saya kali kedua! Saya akan jadi warga Kuching untuk selamanya. Tak sabar lahh! Hee :)

No comments: