Saturday, April 27, 2013

11 Things You Need To Know

Kalau awak nak jadi boyfriend saya, awak kena tahu semua ni:

1) Be Honest.
Kejujuran tu penting dalam mana-mana hubungan, baik persahabatan, percintaan atau kekeluargaan. Saya sangat mementingkan kejujuran. Walaupun awak tipu saya benda kecil konon tak penting ataupun awak menipu untuk kebaikan saya/kita, saya takleh terima. Tipu tetap tipu. Kalau sekali awak tak jujur dengan saya, tak mustahil awak boleh buat lagi belakang saya. PRINSIP saya "Jujur itu penting".

2) Percaya
Saya perlukan kepercayaan awak. Kenapa? Sebab prinsip pertama saya adalah Jujur. So, apa pun yang saya cakap, awak perlu percayakan saya. Kalau awak tak percayakan saya, takde guna lah kita bersama. Meaning that sia-sialah hubungan kita.

3) Setia
Yang ni lagi lah penting. Kalau tak reti nak setia, baik tak payah bercinta. Saya tak nak lukakan hati saya lagi. Sure awak pun tak nak kan? Kesian dengan HATI saya ni dah banyak kali ber-plaster.

4) Member
Yang ni awak kena faham. Saya bukan jenis perempuan yang punya ramai member perempuan. Kalau takat borak-borak kosong tu, saya boleh lah. Tapi kalau bab nak jadikan member rapat, memang tak ar. Saya jenis berkawan dengan lelaki sebab lelaki sempoi dan real. Tapi awak kena faham, member lagi penting bagi saya sebab member sentiasa ada untuk saya. Susah senang saya dorang sentiasa ada. Dan jangan pulak persahabatan saya disalahertikan. Kawan adalah kawan, cinta adalah cinta.

5) Karaoke or Clubbing
Saya tahu zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang tak pernah pergi clubbing. Tapi takpe, clubbing tu tak salah. Cuma janganlah sampai jadikan clubbing tu sebagai hobi awak. Saya tak suka kaki clubbing. Saya pernah pergi tempat camtu. Saya nampak orang minum, orang menari, orang menggatal. That's why saya tak suka lelaki kaki clubbing. Bila dah masuk tempat camtu, mabuk2, then menari dengan perempuan, raba sana raba sini, peluk-peluk. Wahh! Memang saya reject lelaki macam ni. Kalau kaki karaoke (macam saya), baru saya tak reject. HAHA!

6) Kaki minum
Wahh! Yang ni memang saya tak suka. Saya benci bau arak. Bukan setakat mulut je bau, satu badan pun bau. 

7) Smoking
Yang ni pun saya tak suka. Seriously asap rokok buat saya tak boleh bernafas. Macam nak mati rasanya. Kalau awak nak mati, pergi mati sorang-sorang.

8) Hati ada taman
Saya tak suka awak cakap tinggi-tinggi suara dengan saya. Kalau awak marah sekalipun, jangan SEKALI-KALI tinggi suara. Saya ni nampak je kasar dan garang, tapi sebenarnya saya ni lembut. Saya jenis mudah tersentuh. 

9) Hormat
Saya tak minta awak hormat saya sebagai orang yang lebih tua (kalau awak lebih muda dari saya) or hormat saya sebagai seorang perempuan. Saya cuma minta awak hormat "harta" saya. Bantulah saya memeliharanya sehingga saya kahwin. Kalau awak betul-betul sayangkan saya, itulah perkara paling penting yang awak kena ingat dan kena buat. HORMAT.

10) Bijak
Lelaki bijak tu sexy. Kalau awak bijak or lebih pandai dari saya (lebih berilmu), boleh lah saya belajar sesuatu dari awak. Saya bukan lah jenis orang yang baca surat khabar or baca buku ala-ala National Geographic or tengok berita kat TV. Saya cuma baca novel, majalah and layan movie je. So dengan kebijaksanaan awak, awak boleh beritahu saya maklumat terkini yang saya tak tahu. Haha.

11) Aktiviti Ekstrem
Saya suka aktiviti ekstrem dan teringin nak buat semua aktiviti tu dengan awak. Contoh bungee jumping, wall climbing, hiking, fishing, jungle trekking, canoeing (walaupun takut air), scuba diving, paintball, paragliding, what else. Jom kita buat sama-sama! ^___^

...... to be continued ..........

2 comments:

kinut udang said...

banyaknya syarat-syarat :D

Luciana Liza said...

Kinut : hee . Harus lah ^^