Friday, May 24, 2013

Tragis dan Sadis

Khamis (May 9th, 2013)

Tarikh ni merupakan tarikh malang dalam hidup saya. Huhu. Okay, cerita bermula dari saat saya pergi ke rak buku kat stor belakang. Saya nak ambil stok buku untuk customer (cikgu sekolah). Tak lama kemudian, lady boss saya masuk dan berbincang dengan office boy, Boboi dan Eiran. Saya curi-curi dengar perbualan diorang sambil mencari stok buku. Then Boboi dan Eiran nak ambil papan atas rak buku (rak yang sama tempat saya cari stok buku). Atas papan tersebut ialah meja yang besar dan berat plus licin. Disebabkan permukaan meja tu licin, so meja tu jatuh dan terkena kepala serta muka saya.

Kepala saya terasa berdengung macam speaker yang baru di ON (berdengung), macam tu lah kepala saya. Saya membatu selama beberapa minit kat situ.Sedar tak sedar, saya menangis. Tak lama pastu saya bangun dan nak pergi dari situ. Lady boss saya tarik tangan saya dan menghalang saya dari pergi sebab dia nak tengok muka saya. Lepas dia tengok, dia terus bawa saya pergi Klinik. Saya ingatkan tak berdarah, sampai je kat hospital, darah tu mengalir keluar macam air mata. Sangat sakit dan pedih. Kepala saya mula pening-pening.

Ohh, tidakk.. Sangat hodoh dan menyedihkan.


Gambar kedua bahagian atas tu adalah ubat-ubatan saya and result X-Tray saya.
Yang kedua kat bawah tu air Aloe Vera dari T4 :)


Sadis giler hidup saya kan? Actually luka tu tak dalam pun dan syukur sebab tak perlu kena jahit. Tapi itu lah yang orang selalu cakap "Malang Tak Berbau". Lain kali kena lebih berhati-hati lagi. Hm. Sudah lah hodoh, kena luka macam tu tambah hodoh lagi. Kejadian ni berlaku lebih kurang 4 hari lagi sebelum saya konvokesyen. Haiz, konvo dengan muka hodoh lah jawab nyer. Huhu. Sumpah, saya taknak pergi stor belakang lagi! Haha. Anyway, sekarang ni luka saya semakin membaik. Cuma saya risau luka ni meninggalkan scar kat muka. Minta-minta takde scar. Tolong doakan kesembuhan muka saya k.

-Lucy Gojes-

1 comment:

asrul said...

alalalla..ciannyeee..nak berkenalan dengan awak boleh x?