Friday, July 12, 2013

Friendship Ends Here

Persahabatan kita bermula semasa kita masih di bangku sekolah lagi. Awak ceritakan segala-galanya pada saya, personal life or love life. Kita dah berkawan selama enam tahun dah tapi kenapa sampai sekarang awak masih tak dapat baca perangai saya? Saya marah, saya terluka atau saya tersentap ke, awak langsung tak tahu. Padahal dah enam tahun berkawan kot. Sejujurnya saya tak ada masalah peribadi atau tak ada pon bergaduh dengan family. Saya menjauhkan diri tiba-tiba kerana perangai awak.

Beb, saya tak kisah kalau awak marah atau kecewa dengan saya. Yang saya kisah tu bila awak bercerita tentang saya belakang saya, secara sembunyi-sembunyi dalam bilik. Saya dengar perbualan awak walaupun tak semua. Ayat awak "Iyee, aku takkan membazir dah". Awak tahu tak apa yang saya rasa? Masa awak cakap dengan orang lain saya banyak hutang dengan awak, tahu tak apa yang saya rasa? Masa awak buat keputusan nak balik Miri, nak book ticket tiba-tiba dan plan nak datang Kuching balik after raya, awak tahu tak apa yang saya rasa?

Kita datang sama-sama dengan satu tujuan yang sama which is cari kerja dan bina hidup baru di tempat orang. Beb, hampir semua company sudi terima kita bekerja tapi niat saya terhalang sebab awak tak nak kerja sekali dengan saya. Awak cakap "Takpe lah. Kau jelah kerja. Aku taknak kerja tu, gaji sikit je". Yup saya boleh je terima offer dorang dan terus kerja tapi saya fikir tentang awak, beb. Kalau saya dah start kerja, siapa nak temankan awak cari kerja? Kalau saya pindah duduk hostel, siapa nak temankan awak duduk kat rumah sewa tu? Ada tak awak fikir semua tu?

Beb, kenapa awak ungkit pasal hutang saya? Kenapa awak cakap dekat orang yang saya harus kerja sebab saya banyak hutang dengan awak? Seriously saya TERSENTAP!

Awak ingat tak mula-mula dulu saya cakap saya taknak sewa luar, saya prefer duduk rumah cousin saya. Tapi awak beriya-iya ajak saya menyewa luar sebab rumah sewa tu murah and then awak suruh saya pakai duit awak dulu. Ingat tak? Saya tak pernah lupa hutang saya dengan awak.

Awak cakap awak sayangkan saya dan anggap saya macam kakak sendiri. But then awak cakap awak bencikan saya, siap block facebook saya. Kenapa macam ni beb? Saya tak pernah bencikan awak atau terfikir nak block facebook awak. Sampai hati awak kaaann....

Takpe lah beb. Saya taknak cakap banyak. Kepada kawan-kawan kita yang lain, maaf. Kepada awak, sorry sebab tak reply messages awak. Hati saya terluka dengan sikap awak. Perhaps it takes a thousand years to recover. Dan saya rasa ini ending persahabatan kita. Halalkan makan minum saya.

Maafkan saya. . .... Take care....

Love,
Lucy Gojes

No comments: